Sunday, September 27, 2009

Salam dari saya, Mat Sah Satray.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.

Saya juga ingin merakamkan Jutaan terima kasih saya kepada semua terutama sekali isteri saya,iaitu Norlaila dan GMI yang telah berusaha membebaskan saya dari sangkar Kamunting, Perak.
Saya masih belum terlepas dari akta ISA di mana pihak berkuasa masih banyak mengenakan pelbagai sekatan ke atas saya.

Sekadar itu dahulu.Izinkan saya berehat setelah menerima ramai tetamu sempena Hari Raya yang amat bererti kepada saya pada tahun ini.Terima kasih kepada semua teman-teman yang hadir ke rumah kami.Saya amat menghargainya.

Saya insya allah akan sambung berblog lagi.Saya akan menceritakan kepada semua detik-detik penahanan saya,di soal-siasat, di brainwash ,tempat tinggal sy di kamunting selama 7 tahun sehingga pembebasan saya yang baru lalu, insya allah.

7 comments:

KerisKontot said...

Salam.

Eid Mubarak. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan syukur di atas pembebasan saudara dari kezaliman ISA.

Sungguh terkesan sekali kepada diri saya apabila membaca kisah mengenai saudara. Walaupun langsung saya tidak mengenali saudara tetapi airmata saya juga menitis kegembiraan. Tahniah juga kepada saudara kerana mempunyai seorang isteri yang bukan sahaja cantik tetapi tabah dan sabar. Jangan lah kecewakan beliau.

Saudara, teruskan perjuangan. Sebarkan kebenaran tanpa perlu rasa takut kepada makhluk.

Saya berharap saya akan dapat bertemu saudara untuk menggenggam tangan saudara.

ummu asiah said...

Assalamu'laikum,

Tahniah kerana sudah ada ruang untuk menceritakan pengalaman sendiri...

InsyaAllah ada peluang dapatlah Ammar, Asiah, Asma' dan Anas menziarahi abah Suhaib.

NMN

Siti said...

ya allah,tak sabar nak tunggu posting terbaru abg mat sah.

cucu awang teh said...

salam eid mubarak,
tahniah atas kelahiran blog ini..tahniah juga atas pembebasan tuan...Allahuakbar!

mantibai said...

Saya di antara yang menentang ISA dan terlalu ingin bersama mereka menjulang suara menuntut keadilan.
Namun disetiap kesempatan, saya hanya mampu melihat. Penghidap athma ini tidak mampu berlawan dengan semburan air atau limpahan asap pemedih mata yang tak kenal siapa.
Saudara telah kembali kepada asalnya.
Teruskan berjuang dan hargailah keluarga dan masa yang terbazir selama ini. Isteri saudara seperti permata yang perlu disanjungi.

Semoga saudara dan keluarga bahagia selalu.

bijan said...

salam dan tahniah......tiada kata untuk memujuk abag mat...teruskan perjuangan..insyallah .

Cetusan said...

Teruskan usaha..