Monday, September 28, 2009

"Saya budak baru belajar..."

Kelabu asap!!! itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan ku kini.Walaupun sudah hampir dua minggu dibebaskan dari dunia kecil Kem Kamunting, aku masih merasakan terlalu banyak perkara yang perlu ku halusi dan pelajari ...Dan yang penting sekali, aku sedang dalam proses untuk memenangi hati Suhaib yang telah dipisahkan dariku 7 tahun yang lalu.Suhaib adalah teman baikku, semasa beliau berusia lapan tahun, sebelum aku ditahan dibawah ISA tahun 2002 dulu.
Selain itu, dengan jadual pertemuan dengan media alternatif yang diaturkan oleh isteriku, Laila, memaksa aku memerah otak dan tenaga untuk memberi jawapan terbaik pada semua wartawan yang sudi mewawancaraku.Hampir setiap hari ada saja wawancara untuk ku.Penat, letih dan agak stress.maklumlah, 7 tahun aku biasa dalam keadaan "rehat" tanpa sebarang program .Tiba-tiba, bila dikeluarkan dari Kem kamunting, aku dikejar wartawan....aku merasakan kehidupanku berubah 180 darjah dari biasa...Aku seronok sebenarnya dengan suasana baru ini, tetapi...perlukan banyak masa dan tenaga untuk sesuaikan diri dengan segalanya.
Bila celik saja mata, terlalu banyak perkara baru yang wajib ku pelajari.Dalam rumah dengan perkembangan maya terkini, dilura rumah pula aku masih pening dengan jalanraya bertingkat-tingkat dan jalan baru yang berselirat. Aku bersabar dengan semua itu.7 tahun aku diasingkan dari dunia luar yang serba canggih ini. Aku benar-benar dijadikan manusia yang "bodoh dan out of date".....Ahhh apakah dosaku diperlakukan demikian rupa?
Its ok...aku akan terus belajar....terutamanya untuk mengambil hati isteri dan anak tunggalku yng sudah besar panjang- Suhaib.

6 comments:

Tok Ketua said...

Assalamualaikum.
Semoga anda tabah menghadapi segala dugaan. Syukur anda telah dibebaskan. Jangan lupa teruskan perjuangan untuk membebaskan malaysia dari undang-undang syaitan..!

Hapus ISA!!

Zolkharnain Abidin said...

Blog tuan telah dimasukkan ke dalam bloglist saya di bawah abjad S. Semoga diberkati dan dilimpahi prtolongan Allah selalu.

Anonymous said...

salam...

harap saudara turun bersama gempur bagan pinang.saudara cerita kisah saudara disana.bersama kita hapuskan pemerintah zalim..

takbirrrr...

tasnimnik said...

salam kebebasan :)
mugkn pcik sbaya dgn ayah sy..byk meyusuri kisah pc sms dalm tahanan melalui kak laila..cukup utk membenci akta zalim ini..

jgn berhenti utk bersuara..smg allah membalas dgn setimpalnya pd kesabaran pcik,kak laila dan suhaib juga pd penguatkuasa akta zalim ini..

Allahuakbar!!

ssp said...

Pengalaman yang menarik kiranya!!!

hamba said...

salam...
takpe bang..

pelan-pelanlah..

semuanya akan kembali seperti biasa..
hanya putaran waktu akan menentukan..

moga abang terus berlari mengejar cita dan cinta semalam.