Saya minta maaf kerana dah lama tak buat sebarang posting. Maklumlah, menaip pun masih patuk ayam....Selain sambutan hari Raya yang telah 7 kali tidak saya raikan bersama keluarga dan rakan taulan, wawancara media(ni istilah yang diberi oleh Laila) saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan yang telah saya tinggalkan 7 tahun yang lalu.
"Gear di P dan off air-cond..." itulah pesanan yang saya sentiasa dengar setiap kali kami tiba di destinasi.Saya yang memandu kereta hanya tersengeh dengan ingatan demi ingatan dari Laila.Tapi tak lah rasa kecil hati diperlakukan begitu. Selepas lebih 7 tahun kehidupan saya di kem di "bekukan' oleh sistem ciptaan KDN, bila kembali kedunia nyata , terlalu banyak perkara yang perlu di "manual' kan semula dalam kehidupan saya kini.
Itu baru bab memandu kereta.Belum cerita lain lagi.
Alhamdulillah selepas 7 tahun tidak menyentuh stereng kereta, saya tidak pening kepala ketika memandu.
Setiap kali ada urusan ke K.L untuk tujuan "brainwash" oleh polis, pihak penjara membawa saya ke Balai Polis Travers.Dalam kenderaan penjara dari Taiping ke K.L, saya hanya digari.Namun bila tiba di Bali Polis Travers, di sanalah berlakunya pertukaran tanggungjawab@ penjagaan terhadap tahanan ISA seperti saya.Seterusnya urusan perjalanan saya diambil alih oleh SB di Kuala Lumpur. Setiap kali dibawa keluar dari lokasi(balai dimana saya menginap) ke mana-mana destinasi iaitu bilik, rumah atau bangunan , kedua-dua tangan saya digari dan dipakaikan spek hitam.Saya rasa ketika itu, bagai di'buta'kan oleh SB yang bertugas!!!!
Benci betul nak mengingati peristiwa diperlakukan demikian. Duduk dalam black maria ,kedua-dua tangan bergari, memakai cermin mata yang dicat hitam, pemanduan yang laju, semuanya memang amat menyiksakan .Kepala ni rasa pening hingga nak muntah !!!!Bila sebut pemanduan yang laju, saya tahu, mereka sengaja memandu kenderaan itu berpusing-pusing dijalan-jalan yang ada banyak bumper, jalan yang banyak belok-belok supaya orang yang di"buta'kan itu bertambah mual dan cepat serik.......
No comments:
Post a Comment