Tuesday, March 16, 2010

Patuk ayam.




Dah lama tak patuk ayam, tapi kalau dibiasakan boleh jadi cakar rimau kot. Hee...
Dah lebih lima bulan saya dikeluarkan dari kem tahanan Kemunting. Rasa-rasa macam dah ok,tapi kalau ingatkan balik selama lebih tujuh tahun ditahan rasanya sampai bila pun takkan ok.Polis masuk rumah saya tengah malam gari tangan saya di dalam rumah saya depan isteri dan anak saya…Panas otak saya ni setiap kali teringatkan puak-puak yang menahan saya tu, mungkin bila dah biasa luahkan dengan patuk-patuk ayam ni dapat legakan sikit panas tu ya.
Dalam masa lima bulan ni rasanya dah banyak perkara dunia luar kem yang saya kenal. Suhaib kata “senang aje Bah kalau nak tahu apa-apa tengok kat internet, nak tahu apa kitorang buat kat luar masa Abah kat dalam buka aje web-web berita dan blog-blog tentang isa terutama blog umi dan rakan-rakan yg sewaktu dgnnya pastu klik yang lepas-lepas kalau nak lagi cari kat youtube.”
Mula-mula tergeliat juga nak dapat kan semua tu, tapi bila dah dapat berjam-jam mengadapnya. Paling saya nak tahu ialah tentang himpunan mansuhkan isa 1 Ogos 2009 sebab selama tiga bulan sebelum saya dikeluarkan dari kem 15 September 2009 saya sering didatangi pegawai kem dan juga sb yang sebelumnya tak pernah pun bertemu saya sekerap itu. Perkara utama yang di tanyakan ialah tentang mansuhkan isa. Sebelum 1 Ogos pertanyaan mereka berkisar himpunan mansuh isa samada akan di teruskan atau tidak? Isteri masih aktif dengan gmi? Patut ke demo mansuh dibuat? Awak rasa awak boleh bebas dengan demo mansuh?
Lepas 1 OGOS pertanyaannya pula tentang patutkah isa dimansuhkan, sampai-sampai saya dan beberapa teman setahanan yang lain dibawa ke Bukit Aman untuk “berbincang” (brainwash) berkenaan betapa perlunya isa dikekalkan dan bahayanya kalau isa dimansuhkan malah mereka mengatakan dalam tempuh beberapa bulan saja mungkin boleh berlaku pergaduhan kaum sekiranya isa dimansuhkan melihatkan situasi politik negara sekarang ini. Peristiwa 13 Mei juga disebut bagi menyokong kekuatiaran yang mereka bayangkan. Sesi ini dikendalikan oleh tiga pegawai saikologi PDRM.
Setelah melihat maklumat di beberapa blog gmi, web-web berita media pembangkang dan video- video mansuh isa 1 Ogos di youtube dan yang sewaktu dengannya barulah saya tahu betapa terpukulnya mereka dengan demo mansuh.

Pengorbanan saudara-saudara telah menggoyahkan telapak kaki mereka yang sombong dengan kuasa yang telah Allah amanahkan kepada mereka. Saya menjadi saksi,semua yang melihat juga menjadi saksi bahawa apa yang saudara-saudara lakukan adalah amalan yang mulia iaitu dalam memenuhi tuntutan amar maaruf dan nahi mungkar, mencegah kezaliman dari terus berlaku dan menuntut berlakunya keadilan.Doa saya kepada Allah semoga yang terlibat dalam menjayakan himpunan mansuh baik yang keluar dijalanan maupun yang duduk, yang menginfakkan harta dan tenaga maupun yang hanya menadahkan tangan berdoa, yang dapat dilihat oleh manusia maupun yang tidak, sentiasa diberi keikhlasan oleh Allah dihati masing-masing sehingga dengannya usaha-usaha akan menjadi lebih kuat dan mendapat pertolongan Allah serta redha-Nya.
Allah dan rasul-Nya serta orang-orang beriman melihat apa yang kita dan mereka lakukan. Kepada-Nyalah kita semua dikembalikan.

“Dan katakanlah:”Bekerjalah kamu, makaAllah danRasul-Nya serta orang-orang mu`min akan melihat pekerjaanmu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (attaubah : 105)

No comments: