Monday, October 4, 2010

MELAWAT SHAMSUDIN DI TEMPAT SEKATAN DAERAH NYA DI FELDA SG MAS/PAPAN TIMUR, JOHOR

Alhamdulillah, sempat melawat Shamsudin minggu ketiga Syawal lalu di tempat tahanan terhadnya di Felda Sungai Mas daerah Kota Tinggi Johor setelah dikeluarkan dari Kem Tahanan Kemunting menjelang Aidil Fitri yang lalu.

Perjalanan bersama isteri (Norlaila) memandu hampir lima jam dari KL ke rumah ibubapa beliau berkedudukan di Tenggara Johor itu meletihkan namun peluang menikmati perjalanan sejauh itu setelah setahun saya dibebaskan memang saya inginkan.

Shamsudin datang menjemput kami di tepi jalan masuk perkampungan felda Bandar Mas dan pertama kali melihat beliau yang pernah bertahun hidup sebumbung kelihatan lebih kurus daripada hari kami dipisahkan setahun yang lalu.Ditepi jalan itu juga kami bersalaman dan berpelukan melepaskan rindu yang sarat dengan kenangan perit semasa di dalam tahanan.

Mengekori kapcai yang di tunggang Shamsudin kami sampai di rumah yang agak sederhana besarnya yang merupakan kediaman ibubapanya yang kini menjadi rumah tahanan bagi Shamsudin.

Suasana raya masih terasa bila ibubapa Sudin melayan kami dengan ramah menghidangkan kami sup ayam Johor dan air nenas kiub yang memang terkenal di negeri Johor. Biskut rayanya pula berbagai jenis.

Seperti tahanan lain juga Sudin dikeluarkan dari kem Kemunting dengan bersyarat, antaranya tidak boleh keluar dari kawasan Kota Tinggi, mesti berada dirumah dari jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi, mesti melapor diri seminggu sekali, tak boleh aktif dalam persatuan termasuk parti politik dan beberapa lagi.

Sedih juga bila diberitahu bahawa beliau tidak boleh keluar berjumpa dengan anak-anak beliau semasa hari raya lalu yang kini berada dibawah jagaan bekas isteri beliau di KL. Permohonan untuk keluar kawasan boleh dibuat tapi untuk hari raya baru lalu tidak dibenarkan alasannya kerana Sudin baru sangat dibebaskan dan prosesnya makan masa sebulan. Sabar sajalah Din...

Selepas saya dikeluarkan dari Kem Kemunting tahun lepas, Sudin seorang yang masih tinggal telah di tempatkan disatu blok yang besar sendirian dan beliau berasa sangat tidak selesa. Makan sendiri, solat sendiri dan lebih tertekan lagi bila blok mula dikunci jam 7.00 mlm hingga 7.00 pg. "Aku jadi tak lalu makan Sah" katanya.

Sampai tak lalu makan mereka siksa Din, patutlah kurus sangat rupanya sampai-sampai pertama kali jumpa masa kat tepi jalan tu hampir saya tak kenal.

Sudin kata beberapa hari sebelum dia dibawa keluar dari Kem ada lima orang baru dibawa masuk sebagai mangsa ISA dengan alasan PM (pemerdagangan manusia) , termasuk diantaranya ada tahanan perempuan.

Selagi akta zalim ISA ini masih ada akan berterusanlah orang tak bersalah jadi mangsa.

Ditanya penerimaan masyarakat sekeliling terhadapnya , "ada yang ok dan ada juga yang buat-buat macam tak tahu seolah takda apa-apa yang barlaku" jawabnya. "Yang tahu buat-buat tak tahu ni yang buat aku kekok nak berhadapan dengan dia orang" tambahnya.

"Biasalah Din baru-baru memanglah, lama sikit nanti diaorang sendiri yang datang jumpa engkau nak tahu cerita pasal kau, masa tu nanti diaorang akan melopong depan kau dengar kau cerita" pesan saya pada Din, seperti apa yang saya alami masa mula dibebaskan dulu.

Tentang perancangan masa depannya katanya ada beberapa pilihan yang difikirkan sesuai dengan keadaan kampung tempat dia ditahan iaitu samada bantu ayahnya mengerjakan ladang sawitnya, ternak kambing atau berniaga hasil kampung. Namun katanya lagi masih terlalu awal untuk memulakannya kerana sekarang ini masih fasa menikmati pembebasan.

Ditanya tentang calon pengganti, "Tunggu stabil dulu, niat memang ada...he he..." Guraunya separuh sengih.

"Kalau engkau dah siap aku boleh tolong iklankan, tentu ramai yang respon" saya menawarkan. "Ha ha haa..." kami sama-sama gelak, sengih Sudin jadi sempurna.

Semoga penghidupan baru Sudin dimudahkan dan diberkati Allah. Amin...

Kami meninggalkan tempat Sudin jam 6.30 ptg menuju ke pantai Desa Ru kerana sudah tidak berapa jauh lagi iaitu 10km sambil mengekori kereta ayah Sudin sebagai penunjuk jalan. Disebabkan urusan mendesak pada esoknya, kami batalkan hasrat untuk bermalam di Desa Ru dan terus pulang ke KL.






2 comments:

joe penang said...

Ye betui. Ramai muslimat yg sudi rasanya. Anak dara atau Mak Dara(janda le). Bg tau je.. Insya Allah Kwsn Tenggara boleh bantu. Bagi tau je jika teringin... Hehehe
Janganlah kita terlalu membenci sesuatu. Boleh jd Allah menjadikan kebaikan yg amat byknya di sebaliknya. Pesanan utuk saya dan kita semua.
Abg Mat x teringin ke dapat baby sorg lg? Rasanya Kak Laila dan anak jantan tu pun mmg teringin gak nak baby tuh. Hehehe

Plus Size Clothing Australia said...

This plus size clothing blog is great.

plus size clothing