Wednesday, September 30, 2009

Banyaknya perkara baru....


Alhamdulillah, hari ini masih ramai lagi kawan-kawan sekerja dulu datang rumah untuk beraya sambil melihat khabar. Yalah setelah tujuh tahun terlalu banyaklah cerita, berita serta perubahan pada keadaan dan rupa, baik pada diri maupun keluarga masing-masing. Melihat pertama kali wajah kawan-kawan setelah sekian lama hampir tidak saya kenali. Rambut dan janggut dah putih. Yang dulu gemuk ada yang dah kurus begitu juga sebaliknya.Ramai juga yang dah bersara dan yang menyedihkan beberapa kawan ada yang sudah meninggal.Semoga dirahmati Allah atas rohnya. Namun ada juga berita gembira bila ada kawan-kawan yang dah berkawin untuk kali ke dua dan ketiga, semoga bersefahaman dalam mentaati perintah Allah,amiiin...


Dari sembangbual dengan kawan-kawan banyak perubahan baru dapat saya serap yang semua ini amat membantu saya untuk segera "waras" ke realiti kehidupan.


Hari ini masih ada reporter datang untuk menemubual kami berdua. Kali ini dari Merdeka Review. Sedikit maklumat dari Laila bahawa Merdeka Review adalah web berita bahasa Cina yang amat popular dikalangan bangsa cina. Kini sudah ada edisi berita dalam bahasa Melayu dan wartawan berkenaan pernah buat liputan tentang tahanan isa semasa saya di Kemunting jadi meraikan mereka rasanya adalah wajar.Sesekali terfikir juga saya betapa perihatinnya penerbit berita untuk mendidik masyarakat tentang ISA sampai-sampai melangkaui sempadan bangsa.


Semoga seluruh manusia segera bebas dari ISA.


Haraf maaf belum boleh mula menulis pengalaman saya selama ditahan kerana masih terlalu banyak perkara lama yang perlu saya biasakan dengan yang baru terutama hubungan saya dengan Laila dan Suhaib. Dulu Laila bila ada dirumah lepas mengajar selain kerja rumah masanya diisi dengan rehat. sekarang lepas kerja rumah dia akan cek inboxs lepas tu ngadap komputer,padahal dulu tak pernah sentuh pun.Lepas tu kena urus Suhaib,Alhamdulillah setelah dua minggu balik rumah,dari apa yang saya lihat Suhaib tidaklah banyak kerenah sebab banyak perkara terutama urusan diri sendiri dia buat sendiri. Mungkin tujuh tahun hidup sendiri memandaikan dia. Laila mungkin lega sikit dalam hal ini. Lepas urusan suhaib kena uruskan saya pula ehem...


Antara saya dan Suhaib pula dari hal komunikasi ada sedikit macam kureng.Kadang saya masih bercakap dengannya seolah dia masih umur lapan tahun. Pernah sekali saya ingatkan dia supaya solat rupanya dia lebih dulu siap dari saya. Lapan tahun dulu kalau tak suruh pakai tak buatlah.


Malam tadi pergi makan nasi lemak sebelah bengkel mara, melintas jalan saya pegang tangan dia,dia tengok muka saya dia kata "abah ingat suhaib kecik lagi ke?"


He he...

Perkara-perkara baru nilah yang perlu segera saya serap dan membiasakannya setelah tujuh tahun fikiran saya "dilapukkan" di Kemunting.
Komputer pun satu hal lagi,tujuh tahun entah apa-apa, buat pening kepala aku nak belajar.

Walaubagaimanapun insyaaAllah saya akan berusaha untuk kembali dan dengan sokongan serta doa antum mudah- mudahan dapat menyegerakan kewarasan saya.Saya janji akan cerita.




7 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga tuan segera 'pulih'. InsyaAllah..

ummu asiah said...

wah...wah...tersenyum gak bila membaca..

dah lama tak makan2 nasi lemak kat situ..dulu2 tiap kali habis meeting gmi pasti singgah kat situ makan walau dah tghmlm..

malam ni nak ajak cikgu laila makan kat situ boleh??:)))

MS said...

tiada yang baru melainkan meneruskan yang ada. semoga Allah s.w.t memberkati usaha saudara.

makman said...

salam,
abah shuhaib.
semoga diberi Allah kekuatan utk terus pulih...
salam cg lela,
semoga terus tabah utk meneruskan penghidupan ini.
kami semua gembira...sori belum sempat visit.....

Be Realistic said...

Abang Mat Sah,

ambil masa dulu! Rehat dan kenali mereka yang berada dekat dengan anda!

Hargai pembebesan anda melalui perjuangan ini! hehhee...


Nalini

C++ said...

Bhai...

InsyaAllah lu akan cepat waras dari fobia tahanan ISA dulu tue... gua percaya... dan gua konpiden...

Amik masa skit... tapi gua rasa lu boleh tekel masalah tue..

Kai said...

Semoga Allah bagi kemudahan untuk Abah Suhaib. Selamat membiasakn diri dengan Suhaib yang dah besar panjang ropenye, hehe....

Teruskan menulis ya. Your story really warms my heart.