Tuesday, March 16, 2010

Patuk ayam.




Dah lama tak patuk ayam, tapi kalau dibiasakan boleh jadi cakar rimau kot. Hee...
Dah lebih lima bulan saya dikeluarkan dari kem tahanan Kemunting. Rasa-rasa macam dah ok,tapi kalau ingatkan balik selama lebih tujuh tahun ditahan rasanya sampai bila pun takkan ok.Polis masuk rumah saya tengah malam gari tangan saya di dalam rumah saya depan isteri dan anak saya…Panas otak saya ni setiap kali teringatkan puak-puak yang menahan saya tu, mungkin bila dah biasa luahkan dengan patuk-patuk ayam ni dapat legakan sikit panas tu ya.
Dalam masa lima bulan ni rasanya dah banyak perkara dunia luar kem yang saya kenal. Suhaib kata “senang aje Bah kalau nak tahu apa-apa tengok kat internet, nak tahu apa kitorang buat kat luar masa Abah kat dalam buka aje web-web berita dan blog-blog tentang isa terutama blog umi dan rakan-rakan yg sewaktu dgnnya pastu klik yang lepas-lepas kalau nak lagi cari kat youtube.”
Mula-mula tergeliat juga nak dapat kan semua tu, tapi bila dah dapat berjam-jam mengadapnya. Paling saya nak tahu ialah tentang himpunan mansuhkan isa 1 Ogos 2009 sebab selama tiga bulan sebelum saya dikeluarkan dari kem 15 September 2009 saya sering didatangi pegawai kem dan juga sb yang sebelumnya tak pernah pun bertemu saya sekerap itu. Perkara utama yang di tanyakan ialah tentang mansuhkan isa. Sebelum 1 Ogos pertanyaan mereka berkisar himpunan mansuh isa samada akan di teruskan atau tidak? Isteri masih aktif dengan gmi? Patut ke demo mansuh dibuat? Awak rasa awak boleh bebas dengan demo mansuh?
Lepas 1 OGOS pertanyaannya pula tentang patutkah isa dimansuhkan, sampai-sampai saya dan beberapa teman setahanan yang lain dibawa ke Bukit Aman untuk “berbincang” (brainwash) berkenaan betapa perlunya isa dikekalkan dan bahayanya kalau isa dimansuhkan malah mereka mengatakan dalam tempuh beberapa bulan saja mungkin boleh berlaku pergaduhan kaum sekiranya isa dimansuhkan melihatkan situasi politik negara sekarang ini. Peristiwa 13 Mei juga disebut bagi menyokong kekuatiaran yang mereka bayangkan. Sesi ini dikendalikan oleh tiga pegawai saikologi PDRM.
Setelah melihat maklumat di beberapa blog gmi, web-web berita media pembangkang dan video- video mansuh isa 1 Ogos di youtube dan yang sewaktu dengannya barulah saya tahu betapa terpukulnya mereka dengan demo mansuh.

Pengorbanan saudara-saudara telah menggoyahkan telapak kaki mereka yang sombong dengan kuasa yang telah Allah amanahkan kepada mereka. Saya menjadi saksi,semua yang melihat juga menjadi saksi bahawa apa yang saudara-saudara lakukan adalah amalan yang mulia iaitu dalam memenuhi tuntutan amar maaruf dan nahi mungkar, mencegah kezaliman dari terus berlaku dan menuntut berlakunya keadilan.Doa saya kepada Allah semoga yang terlibat dalam menjayakan himpunan mansuh baik yang keluar dijalanan maupun yang duduk, yang menginfakkan harta dan tenaga maupun yang hanya menadahkan tangan berdoa, yang dapat dilihat oleh manusia maupun yang tidak, sentiasa diberi keikhlasan oleh Allah dihati masing-masing sehingga dengannya usaha-usaha akan menjadi lebih kuat dan mendapat pertolongan Allah serta redha-Nya.
Allah dan rasul-Nya serta orang-orang beriman melihat apa yang kita dan mereka lakukan. Kepada-Nyalah kita semua dikembalikan.

“Dan katakanlah:”Bekerjalah kamu, makaAllah danRasul-Nya serta orang-orang mu`min akan melihat pekerjaanmu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (attaubah : 105)

Thursday, November 12, 2009

"Binatang " itu masih mengekori saya...


Pagi tadi, Khamis 12 Nov, saya telah diarahkan pergi ke IPD Ampang untuk bertemu dengan seorang "SB" yang telah ditugaskan untuk memantau perjalanan kehidupan saya.Saya dipastikan berada dirumah sebelum jam 9 malam dan tidak boleh keluar dari kawasan Ampang Jaya.Jika hendak keluar malam atau keluar kawasan, saya terpaksa menulis surat pada Ketua Polis Selangor!!!

Jam 9.30 pagi, saya dan Laila sudah berada di kawasan IPD Ampang.Sementara saya bertemu SB tersebut, Laila menunggu di kereta. Pertemuan itu tidak lah begitu lama, dalam 15-20 minit tetapi Laila menalipon saya beberapa kali, mungkin untuk memastikan saya dalam keadaan yang baik-baik saja....

Sebaik saja selesai bertemu SB itu, saya turun dan mendapatkan Laila dikereta.Masam saja wajah beliau.Bila saya katakan "SB akan datang kerumah kita pada bila-bila masa saja untuk memastikan saya ada dirumah..." tiba-tiba saja muka Laila berubah menjadi merah padam.Saya tahu dia marah sangat pada SB tersebut."Dia cuma menjalankan tugasnya saja" kata saya lembut sambil menyentuh jari-jemari Laila. Terperanjat saya bila Laila menarik jarinya dari pegangan saya...Kami berdua terus mendiamkan diri.Laila hanya memandang kearah tingkap disebelah kirinya.Faham, amat faham bahawa Laila amat marah kerana saya seolah-olah "membela" SB tersebut.Saya faham dan amat mengerti kesusahan dan kesukaran hidup yang dirasai Laila selama 7 tahun saya ditahan di Kem Kamunting.Saya tahu, dia tidak akan memaafkan perbuatan buruk semua SB tersebut, sampai bila-bila.....

Dan seperti yang diduga, pada hari ini, SB menalipon saya beberapa kali untuk memastikan saya berada dikawasan Ampang.Dan malam tadi, sekitar jam 9.30 malam, SB tersebut telah datang ke pintu pagar rumah kami..."Binatang " itu dah memulakan tugasnya memantau dimana Abang berada..." kataku pada Laila....






Wednesday, October 14, 2009

Pernah di"buta"kan....



Saya minta maaf kerana dah lama tak buat sebarang posting. Maklumlah, menaip pun masih patuk ayam....Selain sambutan hari Raya yang telah 7 kali tidak saya raikan bersama keluarga dan rakan taulan, wawancara media(ni istilah yang diberi oleh Laila) saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan yang telah saya tinggalkan 7 tahun yang lalu.


"Gear di P dan off air-cond..." itulah pesanan yang saya sentiasa dengar setiap kali kami tiba di destinasi.Saya yang memandu kereta hanya tersengeh dengan ingatan demi ingatan dari Laila.Tapi tak lah rasa kecil hati diperlakukan begitu. Selepas lebih 7 tahun kehidupan saya di kem di "bekukan' oleh sistem ciptaan KDN, bila kembali kedunia nyata , terlalu banyak perkara yang perlu di "manual' kan semula dalam kehidupan saya kini.
Itu baru bab memandu kereta.Belum cerita lain lagi.
Alhamdulillah selepas 7 tahun tidak menyentuh stereng kereta, saya tidak pening kepala ketika memandu.
Setiap kali ada urusan ke K.L untuk tujuan "brainwash" oleh polis, pihak penjara membawa saya ke Balai Polis Travers.Dalam kenderaan penjara dari Taiping ke K.L, saya hanya digari.Namun bila tiba di Bali Polis Travers, di sanalah berlakunya pertukaran tanggungjawab@ penjagaan terhadap tahanan ISA seperti saya.Seterusnya urusan perjalanan saya diambil alih oleh SB di Kuala Lumpur. Setiap kali dibawa keluar dari lokasi(balai dimana saya menginap) ke mana-mana destinasi iaitu bilik, rumah atau bangunan , kedua-dua tangan saya digari dan dipakaikan spek hitam.Saya rasa ketika itu, bagai di'buta'kan oleh SB yang bertugas!!!!
Benci betul nak mengingati peristiwa diperlakukan demikian. Duduk dalam black maria ,kedua-dua tangan bergari, memakai cermin mata yang dicat hitam, pemanduan yang laju, semuanya memang amat menyiksakan .Kepala ni rasa pening hingga nak muntah !!!!Bila sebut pemanduan yang laju, saya tahu, mereka sengaja memandu kenderaan itu berpusing-pusing dijalan-jalan yang ada banyak bumper, jalan yang banyak belok-belok supaya orang yang di"buta'kan itu bertambah mual dan cepat serik.......







Wednesday, September 30, 2009

Banyaknya perkara baru....


Alhamdulillah, hari ini masih ramai lagi kawan-kawan sekerja dulu datang rumah untuk beraya sambil melihat khabar. Yalah setelah tujuh tahun terlalu banyaklah cerita, berita serta perubahan pada keadaan dan rupa, baik pada diri maupun keluarga masing-masing. Melihat pertama kali wajah kawan-kawan setelah sekian lama hampir tidak saya kenali. Rambut dan janggut dah putih. Yang dulu gemuk ada yang dah kurus begitu juga sebaliknya.Ramai juga yang dah bersara dan yang menyedihkan beberapa kawan ada yang sudah meninggal.Semoga dirahmati Allah atas rohnya. Namun ada juga berita gembira bila ada kawan-kawan yang dah berkawin untuk kali ke dua dan ketiga, semoga bersefahaman dalam mentaati perintah Allah,amiiin...


Dari sembangbual dengan kawan-kawan banyak perubahan baru dapat saya serap yang semua ini amat membantu saya untuk segera "waras" ke realiti kehidupan.


Hari ini masih ada reporter datang untuk menemubual kami berdua. Kali ini dari Merdeka Review. Sedikit maklumat dari Laila bahawa Merdeka Review adalah web berita bahasa Cina yang amat popular dikalangan bangsa cina. Kini sudah ada edisi berita dalam bahasa Melayu dan wartawan berkenaan pernah buat liputan tentang tahanan isa semasa saya di Kemunting jadi meraikan mereka rasanya adalah wajar.Sesekali terfikir juga saya betapa perihatinnya penerbit berita untuk mendidik masyarakat tentang ISA sampai-sampai melangkaui sempadan bangsa.


Semoga seluruh manusia segera bebas dari ISA.


Haraf maaf belum boleh mula menulis pengalaman saya selama ditahan kerana masih terlalu banyak perkara lama yang perlu saya biasakan dengan yang baru terutama hubungan saya dengan Laila dan Suhaib. Dulu Laila bila ada dirumah lepas mengajar selain kerja rumah masanya diisi dengan rehat. sekarang lepas kerja rumah dia akan cek inboxs lepas tu ngadap komputer,padahal dulu tak pernah sentuh pun.Lepas tu kena urus Suhaib,Alhamdulillah setelah dua minggu balik rumah,dari apa yang saya lihat Suhaib tidaklah banyak kerenah sebab banyak perkara terutama urusan diri sendiri dia buat sendiri. Mungkin tujuh tahun hidup sendiri memandaikan dia. Laila mungkin lega sikit dalam hal ini. Lepas urusan suhaib kena uruskan saya pula ehem...


Antara saya dan Suhaib pula dari hal komunikasi ada sedikit macam kureng.Kadang saya masih bercakap dengannya seolah dia masih umur lapan tahun. Pernah sekali saya ingatkan dia supaya solat rupanya dia lebih dulu siap dari saya. Lapan tahun dulu kalau tak suruh pakai tak buatlah.


Malam tadi pergi makan nasi lemak sebelah bengkel mara, melintas jalan saya pegang tangan dia,dia tengok muka saya dia kata "abah ingat suhaib kecik lagi ke?"


He he...

Perkara-perkara baru nilah yang perlu segera saya serap dan membiasakannya setelah tujuh tahun fikiran saya "dilapukkan" di Kemunting.
Komputer pun satu hal lagi,tujuh tahun entah apa-apa, buat pening kepala aku nak belajar.

Walaubagaimanapun insyaaAllah saya akan berusaha untuk kembali dan dengan sokongan serta doa antum mudah- mudahan dapat menyegerakan kewarasan saya.Saya janji akan cerita.




Monday, September 28, 2009

"Saya budak baru belajar..."

Kelabu asap!!! itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan ku kini.Walaupun sudah hampir dua minggu dibebaskan dari dunia kecil Kem Kamunting, aku masih merasakan terlalu banyak perkara yang perlu ku halusi dan pelajari ...Dan yang penting sekali, aku sedang dalam proses untuk memenangi hati Suhaib yang telah dipisahkan dariku 7 tahun yang lalu.Suhaib adalah teman baikku, semasa beliau berusia lapan tahun, sebelum aku ditahan dibawah ISA tahun 2002 dulu.
Selain itu, dengan jadual pertemuan dengan media alternatif yang diaturkan oleh isteriku, Laila, memaksa aku memerah otak dan tenaga untuk memberi jawapan terbaik pada semua wartawan yang sudi mewawancaraku.Hampir setiap hari ada saja wawancara untuk ku.Penat, letih dan agak stress.maklumlah, 7 tahun aku biasa dalam keadaan "rehat" tanpa sebarang program .Tiba-tiba, bila dikeluarkan dari Kem kamunting, aku dikejar wartawan....aku merasakan kehidupanku berubah 180 darjah dari biasa...Aku seronok sebenarnya dengan suasana baru ini, tetapi...perlukan banyak masa dan tenaga untuk sesuaikan diri dengan segalanya.
Bila celik saja mata, terlalu banyak perkara baru yang wajib ku pelajari.Dalam rumah dengan perkembangan maya terkini, dilura rumah pula aku masih pening dengan jalanraya bertingkat-tingkat dan jalan baru yang berselirat. Aku bersabar dengan semua itu.7 tahun aku diasingkan dari dunia luar yang serba canggih ini. Aku benar-benar dijadikan manusia yang "bodoh dan out of date".....Ahhh apakah dosaku diperlakukan demikian rupa?
Its ok...aku akan terus belajar....terutamanya untuk mengambil hati isteri dan anak tunggalku yng sudah besar panjang- Suhaib.

Sunday, September 27, 2009

Salam dari saya, Mat Sah Satray.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.

Saya juga ingin merakamkan Jutaan terima kasih saya kepada semua terutama sekali isteri saya,iaitu Norlaila dan GMI yang telah berusaha membebaskan saya dari sangkar Kamunting, Perak.
Saya masih belum terlepas dari akta ISA di mana pihak berkuasa masih banyak mengenakan pelbagai sekatan ke atas saya.

Sekadar itu dahulu.Izinkan saya berehat setelah menerima ramai tetamu sempena Hari Raya yang amat bererti kepada saya pada tahun ini.Terima kasih kepada semua teman-teman yang hadir ke rumah kami.Saya amat menghargainya.

Saya insya allah akan sambung berblog lagi.Saya akan menceritakan kepada semua detik-detik penahanan saya,di soal-siasat, di brainwash ,tempat tinggal sy di kamunting selama 7 tahun sehingga pembebasan saya yang baru lalu, insya allah.