Pagi tadi, Khamis 12 Nov, saya telah diarahkan pergi ke IPD Ampang untuk bertemu dengan seorang "SB" yang telah ditugaskan untuk memantau perjalanan kehidupan saya.Saya dipastikan berada dirumah sebelum jam 9 malam dan tidak boleh keluar dari kawasan Ampang Jaya.Jika hendak keluar malam atau keluar kawasan, saya terpaksa menulis surat pada Ketua Polis Selangor!!!
Jam 9.30 pagi, saya dan Laila sudah berada di kawasan IPD Ampang.Sementara saya bertemu SB tersebut, Laila menunggu di kereta. Pertemuan itu tidak lah begitu lama, dalam 15-20 minit tetapi Laila menalipon saya beberapa kali, mungkin untuk memastikan saya dalam keadaan yang baik-baik saja....
Sebaik saja selesai bertemu SB itu, saya turun dan mendapatkan Laila dikereta.Masam saja wajah beliau.Bila saya katakan "SB akan datang kerumah kita pada bila-bila masa saja untuk memastikan saya ada dirumah..." tiba-tiba saja muka Laila berubah menjadi merah padam.Saya tahu dia marah sangat pada SB tersebut."Dia cuma menjalankan tugasnya saja" kata saya lembut sambil menyentuh jari-jemari Laila. Terperanjat saya bila Laila menarik jarinya dari pegangan saya...Kami berdua terus mendiamkan diri.Laila hanya memandang kearah tingkap disebelah kirinya.Faham, amat faham bahawa Laila amat marah kerana saya seolah-olah "membela" SB tersebut.Saya faham dan amat mengerti kesusahan dan kesukaran hidup yang dirasai Laila selama 7 tahun saya ditahan di Kem Kamunting.Saya tahu, dia tidak akan memaafkan perbuatan buruk semua SB tersebut, sampai bila-bila.....
Dan seperti yang diduga, pada hari ini, SB menalipon saya beberapa kali untuk memastikan saya berada dikawasan Ampang.Dan malam tadi, sekitar jam 9.30 malam, SB tersebut telah datang ke pintu pagar rumah kami..."Binatang " itu dah memulakan tugasnya memantau dimana Abang berada..." kataku pada Laila....
18 comments:
Bersabarlah atas ujian yang menimpa.
Kuatkan jiwa dengan mengamalkan al mathurat, qiamullail dll zikir.
Gua yang sempit akan menjadi seluas dunia. Insya Allah
http://saifulislam.com/?p=7026
Allahu Akbar! Doakan yg terbaik utk Saudara sekeluarga.
Sabar, itu katakuncinya.
Salam
Saya yakin sdr. mengadu kepada Allah mungkin setiap malam atau hari ketika di dalam. Maka itulah juga yang sepatutnya sdr. lakukan ketika sudah di luar.
Harap mereka-mereka ini menerima kifarah Allah kerana kezaliman mereka.
he he ..mmg biasa binatang ikut tuan nya abg Mat...tapi ada bermacam-macam jenis spesis binatang...sabar aje lah abg mat..itu ungkapan yg mampu dilafaskan...
as-salam,saudara
7 tahun lama, memang lama.
takde keje lain ke sb tu boleh buat..kalau dah btol2 nak jaga keamanan negara, kemakmuran rajyat, suruh dia pi pantau aktivit tak bermoral (minum arak dan mcm2) kat bukit bintang tu...
Anony,
B.B profail tinggi, Karam sign Walia pun kena cabar, ( kes pencemaran), ini kan pula kes jenayah.
Jumpa SB tu hang sekeh je, lepas tu kasi tea. 2 2 bagi
Semoga Mat Sah kuat dan cekal menghadapi ujian ini. Bacalah qunut nazilah setiap kali solat minta tuhan melaknat perbuatan makhluk2 ini.
salam untuk sekeluarga bersabarlah ye sedih juga dengo cter
SB tu Seorang Binatang ek? takpelah, Sabar Bebanyak, kurang2 dpt Seorang Bodyguard free, Senang Bershoping, Suruh Bodyguard angkat barang pasni
sabarlah puan!berdosa panggil orang binatang.dia pun ada ayah dan ibu,ada anak dan isteri dan seperti puan dia pun ada maruah diri.
itu memang kerja dia,tak kan lah dia nak kata 'boss saya tak mau buat kerja ini'.
kalau nak marah pun marahlah dekat orang yang memberi arahan tersebut
jangan sekali kali puan menjadi seperti orang yang memberi arahan tersebut.
iblis selalu menguji kita dan dalam hal ini puan sudah gagal!
OT 2 anon 16jan 4:33,Allah puji siapa yg patut dipuji dan mengeji siapa yg patut dikeji.Allah tidak pernah memuji org yg zalim melainkan ditambah-Nya kesesatan dan kebinasaan.Bagi org yg dizalimi pula Allah memberi izin..."Allah tidak menyukai ucapan yang buruk dengan terus terang kecuali oleh org yg dizalimi.Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An Nisaa':148)
saya setuju dengan puan tetapi yang zalim itu adalah YANG MEMBERI ARAHAN ITU dan bukan prebet yang mengekori puan
Kagum dengan semagat tuan. Moga istiqamah dalam perjuangan.
SB tu hanya lah benda peliharaan.dia ada tuan.celaka betul tuan tu
Biar dia buat kerja dia..di samping tu berdakwahlah supaya dia menggunakan minda...
Dan kita buat kerja kita. Asal tak langgar undang2. ok.
semoga ano mac8 8:52 terus bagi nasihat yang cam bagus jerk....
jgn langgar undang2 la aper kebender lg la... tp dengar sebijik cam HAMPEH yo... sure sama spesies ngan binatang peliharaan tu gamaknye bersekali ngan tuan2 nyer. (asal tak langgar undang2) ptuiiiiiih...
sapa yang langgar undang2? sori la ati wa panassss
Post a Comment